Total Pageviews

Wednesday 24 June 2015

Krabi Trip Day 1: Krabi Night Market @ Walking Street Night Market

Sawadika..


Tahun ni percutian didahului dengan trip ke Krabi. Insyaallah ada lagi 2 percutian yang aku nantikan tahun ni. Yeayyyyyy!!!! Tiket flight ke Krabi aku beli tahun lepas lagi. Tu pun RM210 return. Kira not too cheap gak la. Tapi ok la kan sebabnya aku fly waktu cuti sekolah. Alangkah indahnya kalau boleh fly bukan waktu cuti sekolah. Hmmmm.... 


Trip aku more pada relax je. Nak hilangkan stress. Aku dan Cik Y tak pulak buat itinerary kaw-kaw punya. Just kami punya mission nak merasa kayak, riding elephant and round islands. Masa selebihnya, makan, makan and makan. Baru hilang semua stress aku yang bersarang di otak setelah sekian lama. 





Pergi mana-mana buku catatan harus dibawa.. Awal-awal je semangat nak mencatat. Lama-lama lupa sudah. hahahaha.. Catat pakai pen merah yang tak tahan tu. Mentang-mentang sibuk menanda paper budak.



Ni hanya lakonan Cik Y je.. Tu buku dan pen aku!!!!! 




Flight kami pukul 1.15 petang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Waktu di Thailand lewat sejam dari Malaysia. Keluar je terus cari tiket bas nak ke Aonang. Tiket berharga 150 bath sehala. Kami dah book Aonang Goodwill awal-awal. Ramai yang recommend hotel ni. Lokasi jauh sikit dari Aonang beach tapi dekat dengan kedai makan halal. Sebelah hotel, ade masjid. Pagi-pagi buta, bangun, keluar hotel dah boleh cari kedai makan area situ. Semuanya mudah habaq hang. 







Ni lah rupa bas nak ke Aonang.



Exit airport, dah boleh nampak bas dekat luar. Naik, dan cakap je dengan driver nak ke hotel korang. On the way nak ke Aonang, bas akan stop dekat Krabi town dulu. Sesiapa yang nak ke hotel area situ kena turun dan naik van lain rasanya. Sampai je hotel, terus solat dan siap-siap nak keluar semula. 



 

The first elephants we met. Cute!



Aku dan Cik Y round-round usha harga pakej. Memandangkan hari dah agak lewat, so kami plan nak ke  Krabi Night Market atau dikenali sebagai Walking Street Night Market. Night Market ini hanya beroperasi pada hujung minggu sahaja. Nak ke sana, boleh naik van. 200 bath untuk return. Tiket boleh dibeli dekat kaunter hotel or mana-mana travel agent. Selalunya van akan pick up dekat hotel pada pukul 6.30 petang dan balik pukul 9.30 malam. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Krabi Night Market antara attraction place yang patut korang pergi jika anda ke Krabi. Why???Let me show you..







Harga untuk souvenir lebih murah di sini. 5 biji keychain or fm dijual dengan harga 100 baht. Kalau beli sebiji 20 baht. Beli 12=200 baht. Tapi bergantung juga pada design. Ada keychain dan fm yang unik sebab handmade. Harga lebih mahal sikit lah.




Yang bawa anak-anak, boleh try mencanting batik. Tapi mostly kalau kelas pendidikan seni dekat sekolah pun dah didedahkan dengan benda ni.







Kreatif kan? Jahit kain buat cover buku.





Bihun sup!!!


Inilah sesi yang dinanti-nantikan oleh aku. hahahaha.. Tapi kena be careful sebab bukan semua peniaga jual makanan yang halal. Harga makanan tak mahal mana pun. Standard harga dekat pasar malam lah. Lebih kurang 40-60 baht harga bagi semua makanan yang aku dan Cik Y try.




Pad Thai!!! Rasa pad thai ni macam kuey teow goreng yang a bit sweet dan dihidangkan dengan daun-daun seperti dalam gambar di atas. 





Apa nama benda ni ek? Kerabu soo hoon kot. Pure Thai.. Masam dan pedas. Sedap!







Fruit smoothie ni dijual dengan harga serendah 20 baht je. 






Ok lah.. Sampai sini je entri aku. Bye! Assalamualaikum.





No comments:

Post a Comment